Wednesday, March 07, 2007

INFO IT - Transaksi sering terganggu

JAWAPAN: Laman web interaktif biasanya dinamik dan menggunakan bahasa pengaturcaraan untuk memberikan ciri interaktif kepada pengguna, sama ada di bahagian pelayan atau pelanggan.Contoh bahasa pengaturcaraan di bahagian pelayan termasuklah ASP, PHP, Perl, Python dan sebagainya. Contoh bahasa pengaturcaraan di bahagian pelanggan seperti JavaScript dan VBScript (terhad kepada Internet Explorer saja).Laman yang anda lawati mungkin mempunyai ‘bug’ pada pengaturcaraannya (bahagian pelanggan dan aplikasi pelunsur anda bertindak untuk membuat aktiviti ‘debug’.Jika anda menggunakan aplikasi pelunsur Internet Explorer, anda boleh ikuti langkah di bawah supaya mesej itu tidakkeluar lagi.1. buka pelunsur internet explorer anda atau ikuti langkah berikut (start > programs > internet explorer)2. di internet explorer itu, klik Tools > Internet Options3. klik "Advanced" di paparan "Internet Options"4. di bawah tajuk "Browsing" tandakan ‘ya’ untuk pilihan berikut:- Disable Script Debugging (Internet Explorer)- Disable Script Debugging (Other)5. buang tanda untuk pilihan6. Display a notification about every script error- klik OKSebagai pengguna, anda boleh emel pembangun laman web terbabit dan berikan maklumat Internet Explorer, versi OS dan laman yang bermasalah itu supaya mereka dapat membetulkannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home